MENU

Permit Meja , Kerusi & Skrin Layar

SYARAT PERMIT KERUSI MEJA

  1. Permit hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat pada setiap masa.

  2. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan PERMIT KAKI LIMA terlebih dahulu.

  3. Meja dan kerusi yang digunakan pada sebelah malam hendaklah dialih dan disimpan secara tersusun dan kemas di dalam premis dan tidak menggangu laluan serta lalulintas di tempat awam.

  4. DILARANG membuat atau membina struktur kekal di kawasan tersebut.

  5. Waktu yang dibenarkan hanya selepas pukul 6.00 petang hingga pukul 3.00 pagi sahaja.(Bagi permohonan yang meletakkan kerusi dan meja luar dari kaki lima).

  6. Pemohon hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelanggan mereka dengan mengambil insuran tanggung awam dan mengemukakan salinan bersama-sama boring permohonan.

  7. Pengusaha premis hendaklah menyediakan penghadang (kangaroo bar) atau kon keselamatan di kawasan lot tempat letak kereta yang dibenarkan bagi keselamatan pengunjung/pelanggan.

  8. DILARANGsama sekali meninggalkan atau meletakkan garaj sementara atau "stall" bagi tujuan masakan atau sebarang bentuk dapur untuk tujuan MEMASAK, MENGGORENG, MEREBUS, MEMBAKAR dan MENCUCI di kawasan yang disewa.

  9. Pemohon hendaklah bertanggungjawan sepenuhnya terhadap pelanggan mereka dengan mengambil insuran tanggung awam dan mengemukakan salinan bersama-sama borang permohonan.

  10. Pemeriksaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan  segala arahan dan peraturan dipatuhi. Jika tidak patuh syarat,kompaun akan dikeluarkan serta merta.

  11. DILARANGsama sekali meletakkan/meninggalkan barangan perniagaan atau lain-lain selepas waktu perniagaan.

  12. DILARANGmenyewakan kawasan permit kerusi ,meja dan skrin layar kepada orang lain.

  13. DILARANGdan SALAH membina apa-apa struktur kekal ataupun sementara di kaki lima.

  14. DILARANGmembuang sampah-sarap, sisa makanan atau minuman dan sisa minyak masak ke dalam system perparitan yang sedia ada.

  15. Majlis Daerah Pontian boleh membatalkan permit kaki lima pemohon pada bila-bila masa atas arahan Tuan Yang Dipertua tanpa apa-apa sebab dan tanpa memberi apa-apa gantirugi.

  16. Pemohon WAJIB sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Daeraj Pontian dari semasa ke semasa dan jika didapati pemohon tidak patuh syarat, maka tindakan kompaun, tindakan pengosongan serta tindakan penyitaan akan dikenakan.

  17. Tempoh sah permit kaki lima adalah setahun berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

  18. Permit yang tamat tempoh pada setiap tahun tidak boleh diperbaharui, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru dalam tempoh 1 bulan pertama setiap tahun.

  19. Pemantauan akan dikenakan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan pada setiap masa dan jika didapati tidak patuh syarat,permit kaki lima boleh dibatalkan atas persetujuan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian.

  20. PERHATIAN: Pihak Majlis Daerah Pontian TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya ke atas apa-apa jua bentuk kemalangan/bencana yang berlaku.

 

# Untuk muat turun Borang Permit Meja, Kerusi & Skrin Layar, Sila klik --->> Borang Permit

# Untuk muat turun Syarat Permit Meja , Kerusi & Skrin Layar , Sila klik --->> Syarat Permit 1 ,  Syarat Permit 2