MENU

Perniagaan Benang Serat Nanas M&Z

Perusahaan benang serat nanas ini dilakukan secara kecil-kecilan oleh Pn Munah Binti Kadir bersama bondanya, Hajah Rafiah binti Mat Taib. Proses penghasilan benang adalah 100% secara manual bagi menjamin kualiti dan ketahanan benang yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk antaranya kain tenun, cenderahati berbentuk sulaman cross-stitch, penanda buku, anyaman dan sebagainya.

Perusahaan ini juga telah menarik minat kunjungan daripada dalam dan luar negeri Johor seperti LPNM, Kraftangan Terengganu, Yayasan Warisan Johor, pelajar-pelajar universiti dan orang awam terutamanya daripada kalangan mereka yang meminati seni dan kraf.

Oleh itu, jika anda berkunjung ke daerah Pontian, jangan lepaskan peluang untuk bawa ahli keluarga untuk singgah ke sini. Kehadiran pengunjung adalah amat dialu-alukan dan berpeluang mempelajari kaedah penghasilan benang serat nanas yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Pengusaha

:

Pn Munah Binti Kadir

No. Telefon

:

014-3140656

Alamat

:

Lot 1713, KM61, Kg Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.