MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
KENYATAAN TENDER
Tawaran ini dipelawa kepada kontraktor yang layak dan berdaftar dalam kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan sebagaimana berikut.
BIL |
TAJUK PROJEK/ NO. TAWARAN |
SYARAT PENDAFTARAN |
SALINAN SIJIL YANG DIPERLUKAN |
HARGA DOKUMEN |
MASA PEMBELIAN |
1. |
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALATAN PERMAINAN DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN TAMAN SERTA PERKHIDMATAN BERKAITAN BAGI TEMPOH 12 BULAN (MPPn/T/01/2025) |
030501
Bumiputera / Bukan Bumiputera |
·Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
·Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Sijil hendaklah aktif sekurang-kurangnya tiga (3) bulan selepas tarikh tutup iklan 5 Mei 2025. |
RM50.00
Bayaran adalah secara TANPA TUNAI (CASHLESS) iaitu menggunakan KAD DEBIT sahaja.
|
Isnin -Khamis 8.30 pagi – 3 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12 tengahari |
- Dokumen tender boleh dimuat turun dengan mengimbas QR CODE yang dipaparkan di bawah. Dokumen mula dijual pada 15 April 2025 (Selasa). Tarikh akhir penyerahan dokumen tender pada 5 Mei 2025 (Isnin), tidak lewat dari jam 12.00 tengahari.
- Syarikat perlu mencetak dokumen tender dan membawa dokumen tersebut ke Kaunter Pelbagai No. 4, Aras G, Blok A, Majlis Perbandaran Pontian untuk urusan pembayaran. Urusan pembayaran hanya boleh dibuat oleh penama atau wakil syarikat (wakil hanya boleh mewakilkan satu syarikat sahaja) dengan membawa cop syarikat dan surat wakil. Dokumen tender dan resit bayaran hendaklah dibawa ke Unit Perolehan, Jabatan Kewangan, Aras 2, Blok B, Majlis Perbandaran Pontian untuk mendapatkan cop rasmi MPPn di dokumen tersebut.
- Syarikat juga perlu membawa salinan sijil yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual di atas untuk disemak serta menyerahkannya semasa urusan daftar kehadiran pembeli dokumen tender.
Dokumen tender yang telah diisi lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan bertulis tajuk tender berkenaan di penjuru kiri sampul surat serta LAMPIRKAN RESIT PEMBAYARAN YANG DITERIMA OLEH PIHAK SYARIKAT ke dalam peti tender bertempat di Ruang Legar, Blok A, Majlis Perbandaran Pontian, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pontian, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor. PETENDER DIINGATKAN UNTUK MEMBUKUKAN DOKUMEN YANG DILAMPIRKAN SEBAGAIMANA DI SENARAI SEMAK.