MENU

  

Bermula 1 Januari 2018,  CAJ PEMAJUAN dikenakan sekiranya terdapat Rancangan Tempatan(RT) atau perubahan kepada Rancangan Tempatan (RT) yang menyebabkan kenaikan nilai tanah dan perlu dibayar sebelum kebenaran merancang diberikan. (Seksyen 32, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976)

  • Penentuan Pengenaan Caj  Pemajuan 
  • Perubahan penggunaan tanah;
  • Perubahan ketumpatan (densiti); dan
  • Perubahan luas lantai.

Kadar Baru telah  dikenakan bagi permohonan yang didaftarkan selepas 1 Ogos 2021 (sempena penarafan  Majlis Perbandaran Pontian) dan menerimapakai   Kaedah-Kaedah  Caj Pemajuan Negeri Johor (Pindaan 2021)  warta   J.P.U 22  Jil.65  No. 10  pada 13 Mei 2021.

MPPn  akan mengenakan kadar pada kawasan berikut :-

  1. 30% daripada perbandingan kenaikan nilai tanah bagi pemajuan di dalam kawasan Zon Antarabangsa (Kawasan Perindustrian Tanjung Bin, Kawasan Perindustrian Tanjung Piai serta persekitaran  kawasan tambakan perairan dan Kawasan Pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam penarafan Zon Antarabangsa); atau
  2. 15% [Zon Antarabangsa] kenaikan nilai bagi tanah Rezab Melayu; atau
  3. 15% daripada perbandingan kenaikan nilai tanah bagi pemajuan di dalam kawasan pentadbiran dan kawasan kawalan perancangan MPPn; atau
  4. Kadar (7.5% kenaikan nilai bagi tanah Rezab Melayu).

Muat Turun Borang