10 JANUARI 2025 | JUMAAT
TAKLIMAT KESEDARAN DAN PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2025
Majlis Perbandaran Pontian melalui Jawatankuasa Latihan EKSA telah melaksanakan Taklimat Kesedaran dan Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2025.
Taklimat ini disampaikan oleh Puan Lar Hajah Zanariah Binti Kadir, Arkitek Landskap Majlis Bandaraya Pasir Gudang merangkap Fasilitator Majlis Perbandaran Pontian.
Turut diadakan acara gimik Pelancaran Pensijilan Semula EKSA Majlis Perbandaran Pontian Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ab Razak Bin Khalid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian.
Turut hadir Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian merangkap Pengerusi Jawatankuasa EKSA, Ketua Jabatan / Unit , Fasilitator dan Ketua Zon EKSA MPPn.
Semoga taklimat kesedaran ini memberi ilmu dan manfaat kepada warga MPPn untuk diaplikasikan di zon EKSA.
“ EKSA Transformasi Kerja Berkualiti “

Pontian Mounicipal Council