12 JANUARI 2025 | AHAD
PROGRAM JOM BERSIH DAN INDAH BERSAMA KOMUNITI ZON PONTIAN B
Program Pontian Di Hatiku MPPn Tahun 2025 membuka tirai dengan Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian B : Fun Walk Green Nature. Program ini telah dilaksanakan oleh Puan Hajah Faridah Binti Abd Kadir selaku Ahli Majlis Zon Pontian B di Stadium Mini Pontian.
Program dimulai dengan aktiviti senamrobik oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang dan diikuti dengan aktiviti plogging di sekitar kawasan mini stadium.
Turut hadir menyerikan program adalah YB Puan Hajjah Hasrunizah binti Hassan, ADUN Pulai Sebatang sebagai perasmi program.
Pihak MPPn merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

Pontian Mounicipal Council