20 MAC 2025 | KHAMIS
KERJA-KERJA SEMBURAN LILATI (LIPAS, LALAT, TIKUS), EDARAN PLASTIK SAMPAH DAN EDARAN TONG SAMPAH DI LIMA LOKASI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
Pihak MPPn melalui Jabatan Kesihatan Awam telah melaksanakan semburan LILATI di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), edaran plastik sampah dan edaran tong sampah di lima (5) lokasi PPS. PPS yang terlibat adalah :-
1) PPS SK Melayu Raya
2) PPS SA Kayu Ara Pasong
3) PPS SK Seri Bukit Panjang
4) PPS SK Kampung Sawah
5) PPS SK Seri Bunian
Semburan ini dilaksanakan sebagai langkah kawalan kepada wabak bawaan yang dibawa oleh tiga jenis haiwan ini iaitu lipas, lalat dan tikus di dua PPS ini. Ini juga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa banjir di PPS adalah terjamin.
Penduduk di kawasan banjir adalah diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa. Keselamatan anda keutamaan kami.

Pontian Mounicipal Council