22 APRIL 2025 | SELASA
KEJOHANAN FUTSAL JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN TERTUTUP DAERAH PONTIAN TAHUN 2025 (BERPASUKAN LELAKI)
Sekitar pertandingan futsal sempena Kejohanan Futsal Jabatan dan Agensi Kerajaan Tertutup Daerah Pontian Tahun 2025 (Berpasukan Lelaki) yang telah dilangsungkan di Gelanggang Futsal MPPn, Pusat Perdagangan Pontian.
Pertandingan yang telah diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Pontian ini telah disertai 10 agensi kerajaan dalam Daerah Pontian. Antara agensi di dalam daerah Pontian yang telah menyertai kejohanan adalah seperti berikut :
1. Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
2. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
3. Pejabat Pendidikan Daerah Pontian (PPD)
4. Taman Negara Tanjung Piai
5. Pejabat Pendidikan Islam Daerah Pontian
6. SWcorp
7. Jabatan Kerja Raya (JKR)
8. Pejabat Tanah Daerah Pontian
9. Pejabat Kesihatan Daerah Pontian
10. Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian
Senarai pemenang adalah seperti berikut:-
Johan – Pejabat Pendidikan Daerah Pontian (PPD)
Naib Johan – Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
Ketiga – Pejabat Kesihatan Daerah Pontian
Para pemain yang mewakili agensi akan dipilih bagi mewakili Daerah Pontian ke Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor yang akan berlangsung pada 10 Mei 2025. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!

Pontian Mounicipal Council