22 APRIL 2025 | SELASA
MESYUARAT DAN LAWATAN PRA AUDIT BAGI PROJEK INFRA TAHUN 2025 NEGERI JOHOR MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah menerima lawatan kerja sempena Mesyuarat dan Lawatan Pra Audit Bagi Projek Infra Tahun 2025 Negeri Johor yang melibatkan beberapa agensi dan jabatan utama peringkat negeri dan persekutuan. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan dan pelaksanaan awal projek infrastruktur yang dirancang di bawah peruntukan tahun 2025.
Rombongan lawatan kerja ini disambut oleh Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn.
Mesyuarat dan lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi seperti berikut:
- En Muhammad Sawaddee Islamuddin, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pasca Pelaburan, MIDA;
- Pn Simma Mahirah binti Mustafa, Penolong Pengarah, Bahagian Pasca Pelaburan, MIDA;
- En Feizal Mahathir Kamarudin, Pengurus Pasca Pelaburan & Pemantauan Projek, INVEST Johor;
- Pn Atirah binti Anuar, Penolong Pengarah, Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasiliti Perdagangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); dan
- Wakil JKR pontian
Kehadiran barisan pegawai teknikal dan pelaburan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan perancangan pembangunan infrastruktur di daerah Pontian dijalankan secara telus, efisien dan memberi impak positif kepada rakyat menjelang Tahun 2025.

Pontian Mounicipal Council