02 MEI 2025 | JUMAAT
PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON PERMAS B : PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA
Program Pontian Di Hatiku Zon Permas B : Program Sambutan Hari Raya anjuran bersama PIBG SK Sungai Durian, Kukup dan warga kerja Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, Kukup telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, Kukup, Pontian, Johor.
Program dimulakan dengan selawat, bacaan doa dan berakhir dengan jamuan. Program ini mengumpulkan sejumlah besar warga komuniti Pekan Permas, Kukup dalam pelbagai peringkat umur, berbilang kaum dan agama.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pontian. Program turut dihadiri oleh Encik Syahdan bin Rahmat, Ahli Majlis Zon Permas B, Encik Faizam bin Abd Wahab, Guru Besar SK Sungai Durian dan Encik Muhammad Faiz bin Ahmad Ridzuan, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Durian.
Tahniah diucapkan kepada Encik Syahdan bin Rahmat, Ahli Majlis Zon Permas B dan komuniti setempat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama dan muafakat dikekalkan demi memupuk semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

Pontian Mounicipal Council