22 JULAI 2025 | ISNIN
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULAN JULAI 2025 MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Perbandaran Pontian telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai di Dewan Jubli Intan, Pontian. Perhimpunan pagi pada bulan ini telah diurusetia oleh Jabatan Kewangan MPPn.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, dan lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diserikan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Muhamad Razis bin Ishak . Perhimpunan diteruskan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam diketuai oleh Cik Azwira binti Sarkawi, Penolong
dan kemudian disusuli dengan ucapan aluan dari Cik Halijah binti Umor, Akauntan MPPn dan taklimat perolehan dari Puan Nur Syafiqah binti Mohd Zamri , Penolong Juruukur Bahan dari Unit Perolehan dan Pengurusan Kontrak.
Majlis diteruskan dengan ucapan Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn. Beliau mengingatkan warga kerja MPPn untuk menjalankan kerja yang telah diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Dalam masa yang sama, beliau mengucapksn Selamat Datang kepada barisan kakitangan baharu MPPn.
Dalam majlis yang sama, turut diraikan dua orang kakitangan yang akan bersara pada 1 Ogos 2025, dua orang kakitangan perkhidmatan silang dari Majlis Perbandaran Kluang dan Ketua Unit Pusat Setempat yang berpindah ke PLANMalaysia Johor.
Turut diraikan kakitangan yang menyambut bulan kelahiran dari Februari hingga Julai 2025.

Pontian Mounicipal Council