23 JULAI 2025 | RABU
PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DAN PELANCARAN LOGO “PONTIAN DI HATIKU” SERTA PERASMIAN KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN TAHUN 2025
Program anjuran MPPn ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan, masyarakat dan jabatan kerajaan daerah Pontian. Program dimulakan dengan pertandingan mewarna, melukis poster, treasure hunt dan pertandingan fotografi kreatif. Pameran juga disediakan oleh agensi-agensi kerajaan iaitu pameran bandar selamat oleh MPPn, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Pengangkutan Jalan Pontian, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ibu Pejabat Polis daerah Pontian serta Balai Bomba dan Penyelamat daerah Pontian.
Program ini memberi penekaan terhadap konsep Bandar Selamat dengan mengadakan ceramah bandar selamat daripada pihak IPD Pontian serta Kempen Premis Makanan Bersih yang melibatkan empat buah gerai di Taman Rekreasi Sungai Rambah.
Program rasmi dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ybhg. Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua Whip MPPn dan seterusnya ucapan perasmian dari Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn dan beliau seterusnya menyempurnakan Pelancaran Logo ‘Pontian Di Hatiku’ dan Perasmian Kempen Premis Makanan Bersih.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Pontian sentiasa di hati kita dan berada dalam keadaan yang bersih.

Pontian Mounicipal Council