4 OGOS 2025 | ISNIN
PERHIMPUNAN PAGI BULANAN OGOS 2025 PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Majlis Perbandaran Pontian telah menjadi pengelola bagi perhimpunan pagi bulanan peringkat daerah Pontian yang diadakan di perkarangan bangunan Pejabat Daerah Pontian pada hari ini. Perhimpunan bulanan ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan di daerah Pontian.
Sebagai tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini, Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPn telah menyampaikan ucapan ringkas beliau yang mana dalam ucapannya beliau mengetengahkan tentang makna dan tema hari kebangsaan bagi tahun 2025. Beliau juga mengatakan bahawa bulan kemerdekaan ini merupakan bulan yang amat penting bagi rakyat Malaysia khususnya.
Perhimpunan bulanan seterusnya diteruskan dengan aktiviti senamrobik. Turut hadir sama, Ybhg. Tuan Haji Kamalluddin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian serta semua pegawai kanan di peringkat daerah mahupun persekutuan.

Pontian Mounicipal Council