11 OGOS 2025 | ISNIN
LAWATAN TAPAK PROJEK-PROJEK MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN BAGI TAHUN 2026
Satu lawatan tapak bagi projek-projek yang akan dilaksanakan oleh MPPn bagi tahun 2026 telah diadakan dan diketuai oleh YBrs. Tuan Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn diiringi oleh Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn bersama seramai lebih kurang 8 orang wakil dari Jabatan Perancangan Bandar & Landskap, Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPPn.
Fokus utama lawatan adalah untuk meninjau keadaan tapak projek bagi projek-projek tahun 2026.
Lawatan tapak ini dimulakan dengan tapak projek bagi sempadan gerbang MBIP-Pontian, tapak projek landskap Jalan Protokol Pontian-Pekan Nenas, tapak projek Medan Ikan Bakar Sungai Rambah, tapak projek Monumen di Landskap Bulatan Bandar Baru Pontian, tapak projek Taman Tema Air Mini di dataran Pontian, tapak projek TMIYC di Stadium Mini dan sekitarnya serta tapak projek Landskap Jalan Protokol di Jalan Jaafar, Benut.
Perancangan projek-projek ini akan diselaraskan berdasarkan bajet pembangunan yang akan diluluskan tahun 2026.

Pontian Mounicipal Council