29 SEPTEMBER 2025 | ISNIN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN TAHUN 1447H / 2025M
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Majlis Perbandaran Pontian telah diadakan pada hari ini di Dewan Jubli Intan, Pontian bagi memperingati Hari Keputeraan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.
Majlis dimulakan dengan bacaan selawat oleh seluruh kakitangan MPPn dengan bimbingan oleh Encik Mohd Fauzi bin A. Samat. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah oleh As- Syekh Tuan Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi daerah Muar.
Majlis pada hari ini diserikan dengan kehadiran Ybhg. Encik Abdul Azim bin Shamsuddin , Yang Dipertua MPPn, Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn serta seluruh warga kerja MPPn.

Pontian Mounicipal Council