2 DISEMBER 2025 | SELASA
KONVENSYEN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN MEMPERKUKUH SINERGI DAN TRANSFORMASI PERANAN AHLI MAJLIS
Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor Tahun 2025 telah diadakan pada 2 Disember 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Menara MBJB. Konvensyen ini telah disertai oleh Ahli-ahli Majlis bagi kesemua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.
Barisan Ahli Majlis MPPn yang diketuai oleh Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn telah menyertai konvensyen ini. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn dan Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn.
Konvensyen pada kali ini menekankan betapa pentingnya peranan Ahli Majlis sebagai jambatan antara dasar kerajaan dan realiti di lapangan.
Majlis perasmian Konvensyen Ahli Majlis Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md. Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Diharapkan konvensyen ini menjadi pemangkin kepada perkhidmatan yang efektif dan efisyen serta memperkukuh hubungan antara pemimpin komuniti demi memastikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Pontian Mounicipal Council