11 DISEMBER 2025 | KHAMIS
PLANMalaysia Johor telah mengadakan Majlis Apresiasi Pembangunan Bandar Mampan dan Bandar Pintar Peringkat Negeri Johor 2025 bertempat di Hotel Amari, Johor Bahru. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBJB; Puan Noraida Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) PLANMalaysia dan Ts. Gs. Mohd Faizalnizam Md Zain, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Johor.
Majlis Perbandaran Pontian diwakili oleh Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn dan turut bersama-sama hadir adalah wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap MPPn. Majlis Perbandaran Pontian telah mencatat tahap kemampanan 93.06% dalam pembangunan Bandar Mampan serta mendapat pengiktirafan Anugerah Tahap 1: Smart City Early Adopter bagi penarafan Bandar Pintar Tahun 2025.

Pontian Mounicipal Council