13 DISEMBER 2025 | SABTU | 8.00 MALAM
Majlis Perasmian Program Pontian Di Hatiku : Karnival Mega Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pontian 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor pada 13 Disember 2025. Program perasmian juga telah diserikan dengan program _Family Night Fun Walk,_ dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.
Penganjuran Mega Karnival ini diadakan adalah untuk memperkukuh hubungan antara pihak Majlis Perbandaran Pontian, barisan Ahli Majlis sebagai wakil masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta warga daerah Pontian. Ianya juga mencerminkan peranan aktif Majlis Perbandaran Pontian dan barisan Ahli Majlis dalam mendekati rakyat melalui pendekatan santai, inklusif dan berjiwa komuniti.
Turut hadir dalam program ini adalah Ybhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian,
Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Encik Sulaiman bin Ismail, Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP Ahli Majlis, Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn, barisan Ahli Majlis, serta wakil-wakil jabatan dalam daerah Pontian.
Pelbagai pengisian program telah disusun dan diatur bagi memeriahkan program karnival yang berlangsung selama 5 hari ini. Antara program yang telah diadakan adalah program memasak bubur lambuk, pertandingan mewarna, pertandingan zapin dan pertandingan kompang. Pengisian program diteruskan dengan jualan rahmah, pertandingan _street soccer_ , pertandingan memasak dan gubahan, serta penyampaian sumbangan kepada PDK daerah Pontian dan sumbangan kepada kakitangan SWM Fasa 2 oleh Yayasan Perbandaran Pontian.
Semoga daerah Pontian akan terus maju dan sejahtera tanpa menghilangkan jati diri serta nilai murni masyarakatnya, seiring semangat Maju Johor.

Pontian Mounicipal Council