MENU

Apa Itu Cukai Taksiran (Cukai Pintu)

Soalan 1

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

 

Soalan 2

SIAPAKAH PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

 

Soalan 3

KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Soalan 4

BILA PERLU DIBAYAR?

Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :

½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.

½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.

 

Soalan 5

APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT?

 

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :

Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 2% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1).

*Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.

 

Soalan 6

BAGAIMANA UNTUK  MENGELAKKAN DIKENAKAN DENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH?

Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.