Pengertian Logo Dan Warna :

1.1 Pengertian Logo
|
Mahkota |
: |
Melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim. |
|
Bulan Bintang |
: |
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi. |
|
2 Ekor Harimau |
: |
Melambangkan ketegasan dan keberanian pentadbiran MPPn dalam melaksanakan undang-undang yang diperuntukkan. |
|
Daun Lada Hitam |
: |
Melambangkan sejarah ekonomi utama Negeri Johor suatu ketika dulu |
|
Industri |
: |
Menunjukkan ikon penyumbang ekonomi industri dan melambangkan transformasi permodenan dalam pembangunan industri ringan dan berat yang menjana pendapatan kepada masyarakat di Daerah Pontian |
|
Buah Nanas |
: |
Ikon dan simbolik bagi sumber ekonomi tradisional daerah Pontian adalah pertanian |
|
Ikan dan Laut |
: |
Simbolik bagi perikanan adalah sumber ekonomi di Daerah Pontia |
| Setia Khidmat | : | Melambangkan kakitangan MPPn yang setia berkhidmat untuk Negeri Johor |
| Perisai | : | Melambangkan tugas MPPn melindungi dan memberi khidmat yang terbaik kepada penduduk Pontian |
| Jambatan | : |
Menunjukkan bahawa Daerah Pontian adalah antara penghubung kepada sektor utama. |
| 1976 | : | Melambangkan tahun awal penubuhan MPPn dan sentiasa berkembang dan cemerlang sehingga kini |

