MENU

Uncle Tan Orchard Stingless Bee Farm

Di Uncle Tan Orchard Stingless Bee Farm bukan sekadar menternak lebah tetapi turut mempunyai lebih daripada 26 jenis tanaman buah-buahan tempatan yang ditanam secara organik. Ladang ini juga unik kerana menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti lawatan ladang, pengumpulan madu daripada sarang lebah, dan pelbagai aktiviti seni dan kraf menggunakan sumber alam.

Pemilik Uncle Tan Orchard Stingless Bee Farm juga memfokuskan untuk mendidik pengunjung berkaitan penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga alternatif seperti tenaga solar dalam kehidupan seharian. Beliau turut mengeluarkan pelbagai produk selain madu iaitu balm, pokok hiasan, bee pollen, dan propolis. Mereka juga menjual buah-buahan tempatan seperti durian, buah naga, pisang, manggis, pulasan, langsat, duku, rambutan dan sebagainya.

Pengusaha

:

Mr Jackie Tan

No. Telefon

:

012-739 6311

Alamat

:

Lot 569, Lorong Parit Bilal Laut, Jalan Kukup, 82000 Rambah, Johor.

E-mail

:

tanyeochian2@gmail.com

Waktu Operasi

:

9.00 pagi– 5.00 petang

Facebok

:

https://www.facebook.com/uncletanorchardstinglessbeefarm/