MENU

Taman Negara Tanjung Piai

TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI

Tanjung Piai merupakan penghujung selatan di daratan Asia, atau lebih tepat benua Eurasia. Ia juga menjadi titik untuk melihat dua negara jiran (Singapura dan Indonesia) secara serentak.

Taman Negara Johor Tanjung Piai telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi hutan paya bakau dan kawasan berlumpur yang berfungsi sebagai penghalang daripada hakisan ombak. Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai telah diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar, atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa.

Berkeluasan 325 hektar, Tanjung Piai adalah taman negara yang terkecil namun yang paling banyak dikunjungi di antara kesemua lima Taman Negara Johor. Taman ini juga adalah destinasi menarik bagi pencinta alam semulajadi kerana keindahan dan kepelbagaian spesis bakau dan haiwan yang terdapat di sini. Taman negara ini turut menyediakan kemudahan untuk pelawat seperti rangkaian laluan pejalan kaki berkembar sepanjang 1.2 km, kompleks pelawat yang menempatkan galeri maklumat, dewan seminar serta tapak perkhemahan di dalam hutan bakau.

Pemilik 

:

Perbadanan Taman Negara Johor

No. Telefon

:

07-6969 712/ 6969 796

No. Faks

:

07-6969 786 / 07-6961 029

Alamat

:

Jalan Taman Negara Johor, Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor

Waktu Operasi

:

9 pagi – 5 petang. Tutup pada hari Isnin

Bayaran Masuk

:

RM 5.00 (Malaysia) RM 10.00 (Antarabangsa)

Laman web

:

https://www.johornationalparks.gov.my/v3/ms/tanjung-piai/

Facebook

:

https://www.facebook.com/TamanNegaraJohor

Instagram

:

https://instagram.com/johornationalparks?utm_medium=copy_link