MENU

Dataran Majlis Perbandaran Pontian Dan Laman Diraja

Dataran Majlis Perbandaran Pontian dan Laman Diraja merupakan kawasan rekreasi awam yang menjadi tarikan kerana lokasinya yang terletak di tepi laut Pontian. Dataran ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan aerobik terutama pada waktu hujung minggu. Terdapat pelbagai gerai makanan yang dibuka pada waktu petang dan malam yang menjadi tarikan kehadiran penduduk untuk bersiar-siar bersama keluarga.