MENU

Pengluasan Kawasan Bersukai Bagi Bandar Pontian

Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, Bilangan 24 bertarikh 22hb November 1990, kawasan bercukai Majlis Daerah Pontian (bagi Bandar Pontian sahaja) telah diperluaskan sebagaimana Pelan Warta PW 1921 dengan pertambahan seluas 590 ekar.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Parit Masjid, Jalan Parit Semerah dan Jalan Parit Ibrahim. Perluasan ini tidak melibatkan kawasan Majlis Daerah Pontian bagi cawangan-cawangannya.

Pengluasan Kawasan Bercukai Bagi Bandar Pontian
Mulai 22 April 2004, melalui Warta Kerajaan bertarikh 22 April 2004, Jilid 48, No. 9 JPU 33, Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian telah diperluaskan ke Pulau Kukup, Tanjung Piai, Serkat dan kawasan sekitar hingga ke Sungai Pulai dengan pertambahan keluasan 8302.7 Hektar.

Benut
Pekan ini terletak kira-kira 24 km dari Bandar Pontian di Jalan Batu Pahat. Benut merupakan pusat perniagaan dan perkhidmatan bagi penduduk Mukim Benut dan Sungai Pinggan. Jumlah penduduk di Pekan ini adalah 3,500 orang (anggaran tahun 1988). Terdapat kira-kira 717 pegangan dan 403 unit bangunan yang dikenakan Cukai Harta. Luas kawasan pentadbiran pekan ini ialah 165.6 hektar.

Ayer Baloi
Ia merupakan sebuah Pekan Kecil terletak kira-kira 14 km dari Bandar Pontian di Jalan Batu Pahat, sebagai pusat perdagangan bagi penduduk Mukim Ayer Baloi dan Api-api. Penduduk Pekan ini ialah seramai 2,530 (anggaran tahun 1988) orang sementara terdapat kira-kira 252 pegangan yang kebanyakannya adalah pegangan pertanian dan 354 unit bangunan yang dikenakan Cukai Harta. Luas kawasan pentadbiran Pekan ini ialah 240.8 hektar.

Permas
Ia merupakan pekan Cawangan Majlis yang paling kecil yang hanya mempunyai 84 pegangan dan 175 unit bangunan yang dikenakan Cukai Harta. Penduduknya adalah seramai 1,495 orang (anggaran tahun 1988) dan pekan ini terletak kira-kira 16 km di Selatan Bandar Pontian. Ia menjadi tumpuan penduduk bagi Mukim Serkat dan Ayer Masin disamping laluan pelancong dari dalam dan luar negeri ke pusat makanan laut di Kukup. Luas Kawasan Pentadbiran Pekan ini ialah 131.6 hektar.