MENU

CARA-CARA PERMOHONAN

1.         Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati secara percuma di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Pontian atau boleh dimuat turun di laman web: http://www.mppn.gov.my.

2.         Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini untuk tiga (3) tahun terakhir.

3.         Borang permohonan hendaklah ditampal dengan sekeping gambar berukuran passport dan disertakan dokumen-dokumen berikut yang telah diakui sah:-

  1. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  2. Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  3. Salinan transkrip pengajian;
  4. Salinan sijil Diploma/Ijazah

Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

  1. Salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
  2. Salinan Lesen Kelas Memandu;
  3. Salinan Kad Pengenalan;
  4. Salinan Sijil Kelahiran ; dan
  5. Gambar berukuran pasport terbaru.

 

 

 

4.      Borang permohonan jawatan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN

JALAN ALSAGOFF

82000 PONTIAN

 

         TARIKH TUTUP PERMOHONAN :    25 SEPTEMBER 2022

 

 

 

5.      Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

 

6.      Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

 

7.      Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

8.      Pentadbiran Majlis Perbandaran Pontian tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

 

 

MOHD EZZUDDIN BIN SANUSI

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Pontian

 

Grade: 
Penolong Pegawai Tadbir N29
Available: 
1
Closing Date: 
Ahad, 25 September 2022
Attachments: