7 JANUARI | SELASA
PROGRAM PERHIMPUNAN PAGI BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2025
Majlis Perbandaran Pontian telah menjadi pengelola bagi perhimpunan pagi bulanan peringkat daerah Pontian yang diadakan di perkarangan bangunan Pejabat Daerah Pontian pada hari ini. Perhimpunan pada hari ini adalah merupakan perhimpunan pertama bagi tahun 2025. Program perhimpunan bulanan ini turut dihadiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan di daerah Pontian.
Sebagai tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini, Ybhg. Tuan Haji Ab Razak bin Khalid,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian telah menyampaikan ucapan ringkas beliau yang mana dalam ucapannya beliau menekankan visi dan misi utama Majlis Perbandaran Pontian untuk menjadikan daerah Pontian "Bersih & Indah" dan hasrat untuk menjadi salah sebuah antara daerah terbersih dalam negeri Johor. Ianya juga adalah merupakan manifestasi persediaan untuk kita menyahut Tahun Melawat Johor 2026.
Yang Dipertua MPPn turut mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjaga kebersihan daerah Pontian terutama yang terlibat dalam Program Plogging Jalan Angkat. Perhimpunan pagi seterusnya diteruskan dengan aktiviti senamrobik. Turut hadir sama, Ybhg. Tuan Haji Kamalluddin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian serta semua pegawai kanan di peringkat daerah mahupun persekutuan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

