JOHOR BERSIH 4.0
20 JANUARI 2025 | ISNIN
Ybhg. Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Yang Dipertua MPPn bersama Encik Tifla bin Mohd. Addi, Setiausaha MPPn telah membuat aktiviti plogging Siri 02/2025 bersama Jabatan dalaman MPPn di Lorong Cendol, Pontian. Beliau dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menyantuni peniaga di Lorong Cendol. Lorong Cendol ini baru sahaja siap di naiktaraf oleh MPPn untuk laluan pejalan kaki. Diharapkan peniaga di kawasan ini dapat mengekalkan kebersihan dan tidak membuang sampah di merata tempat.
Kebersihan adalah tanggungjawab setiap individu. Sama-sama kita menjaga kebersihan alam sekitar. Sayangilah alam sekitar kita.
Pontian Bersih dan Indah

