04 FEBRUARI 2025 | SELASA
MPPn MENYAMBUT KETIBAAN YANG DIPERTUA BAHARU
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Yang Berbahagia Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin memulakan tugas rasminya sebagai Yang Dipertua pada 3 Februari 2025.
Pada hari ini, Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn bersama Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn bersama barisan Ketua Jabatan dan Unit telah menyambut ketibaan Yang Dipertua dan seterusnya diadakan sesi taklimat di Dewan Persidangan Aras 3, MPPn.
Dalam amanat dan perbincangan awal ini, Yang Dipertua MPPn menggesa untuk dibuat penambahbaikan dan perubahan akan digerakkan bagi menambah baik perkhidmatan MPPn kepada masyarakat.

