19 FEBRUARI 2025 | RABU
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Serah Terima Tugas Yang Dipertua MPPn, Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin dan mantan Yang Dipertua MPPn, Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, telah diadakan pada 19 Februari 2025 di Dewan Persidangan Aras 3, Majlis Perbandaran Pontian.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, Encik Abdul Rahim bin Pidek, Pengerusi Yayasan Perbandaran Pontian, barisan Ahli Majlis serta Ketua Jabatan dan Ketua Unit MPPn.
Selamat Maju Jaya dan semoga lebih cemerlang di tempat baru diucapkan kepada Tuan Haji Ab Razak bin Khalid sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, SUKJ serta Selamat Menjalankan Tugas Baru buat Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin yang sebenarnya telah memulakan tugas rasmi sebagai Yang Dipertua MPPn pada 3 Februari 2025.

