21 MAC 2025 I JUMAAT
MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BUBUR LAMBUK MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPPn DAN YAYASAN PERBANDARAN PONTIAN 1446H/2025M.
Majlis Perbandaran Pontian dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPPn dan Yayasan Perbandaran Pontian telah menganjurkan Program Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan dan Bubur Lambuk bertempat di Dewan Jubli Intan, Pontian.
Program ini telah disempurnakan dengan aktiviti khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 75 orang penerima bantuan yang dipilih oleh Ahli-ahli Majlis di zon masing-masing termasuk enam (6) orang dari kalangan warga MPPn yang telah berpencen dan diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk.
Turut hadir sama menyerikan majlis adalah Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn, Tuan Haji Abdul Rahim bin Pidek, Pengerusi Yayasan Perbandaran Pontian, Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian, barisan Ahli-ahli Majlis dan seluruh kakitangan MPPn.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Pontian dan Bank Simpanan Nasional Johor kerana telah menjadi antara penyumbang dalam penyediaan bubur lambuk pada hari ini.
Semoga program ini dapat mencambah rasa cintakan Al-Quran, dan menambah ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Diharapkan juga agar sumbangan Aidilfitri yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu penerima-penerima sumbangan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

