5 MEI 2025 | ISNIN
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULAN MEI 2025 MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Perbandaran Pontian telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei di Dewan Jubli Intan, Pontian pada pagi ini. Perhimpunan pagi pada bulan ini telah diurusetia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap MPPn.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, dan lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diserikan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Norzaimi Bin Arapah. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam diketuai oleh Encik Mohd Yatim Bin Ahmad
dan kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang.
TPr. Puan Junaidah binti Ahmad, Pegawai Perancang Bandar Dan Desa,telah menyampaikan ucapan beliau pada pagi ini.
Dalam kesempatan ini, Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn telah berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada kakitangan yang telah melibatkan diri dalam pelbagai program tahun 2024-2025 termasuklah:
i) Pertandingan Mural Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024
ii) Anugerah Bandar Mampan 2024
iii) Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025
iv) Penghargaan Kepada Kakitangan MPPn yang melibatkan diri dalam program Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap.

