23 JULAI 2025 | ISNIN
SESI TOWNHALL PELEBARAN DAN PELUASAN KAWASAN BERCUKAI MPPn FASA II ( PEKAN BENUT DAN PEKAN SANGLANG)
Majlis Perbandaran Pontian telah mengadakan Program Town Hall Taklimat Peluasan Kawasan Bercukai, Majlis Perbandaran Pontian bagi kawasan Pekan Benut dan Pekan Sanglang pada 23 Julai 2025.
Townhall ini bertujuan memberi taklimat, penerangan dan sesi soal jawab berkaitan peluasan kawasan bercukai MPPn kepada penduduk dan pemilik harta di kawasan yang terlibat. Penerangan berkaitan perkhidmatan oleh MPPn telah diberikan oleh Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, dan pihak SWCorp.
Program Town Hall Peluasan Kawasan Bercukai, Majlis Perbandaran Pontian Fasa II bagi kawasan Pekan Benut dan Pekan Sanglang telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn. Turut hadir, Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan MPPn.

