SABTU | 17 OGOS 2025
PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON PONTIAN I : JELAJAH ANMS DAN ZIARAH KASIH SEMPENA KIBARAN JALUR GEMILANG
Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian I : Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Ziarah Kasih Sempena Kibaran Jalur Gemilang dirasmikan oleh Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pontian di Dewan Terbuka Taman Nilam, Pontian.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bersama KRT Taman Nilam/Nong Chik ialah Sukaneka, 10,000 langkah, senamrobik, demo masakan sihat, pertandingan mewarna, pertandingan memancing, ziarah sihat MyChampion dan pelepasan perarakan bermotor serta pemasangan jalur gemilang.
Sepanjang program ini berlangsung, turut diadakan jualan Rahmah Madani daripada Pasaraya Econsave. Turut hadir Dr. Fairuliza binti Suha wakil rasmi Pegawai Kesihatan Daerah Pontian , Encik Musa bin Othman Pegawai Perpaduan Daerah Pontian dan Tuan Haji Noriani bin Turot Pengerusi COMBI Daerah Pontian.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua Whip Ahli Majlis merangkap Ahli Majlis Zon Pontian I dan jawatankuasanya dalam menjayakan program ini.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

