10 DISEMBER 2025 | RABU
PROGRAM “MPPn ECOFIT, LOW CARBON & GREEN HARMONY DAY 2025”
Majlis Perbandaran Pontian telah mengadakan majlis perhimpunan pagi bulanan bertemakan “MPPn EcoFit, Low Carbon & Green Harmony Day 2025” di Sireh Park, Iskandar Puteri. Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPPn.
Program dimulai dengan senamrobik dan aktiviti “trekking” sejauh 1.5 kilometer. Program diteruskan dengan aktiviti penanaman 50 buah anak pokok sebagai simbolik kehijauan.Penanaman pokok ini adalah merupakan komitmen jangka panjang MPPn dalam memulihara alam sekitar. Setiap pokok yang ditanam adalah merupakan hadiah untuk generasi yang akan datang.
Program ini juga diserikan lagi dengan sambutan hari lahir kakitangan MPPn dari bulan Ogos hingga Disember oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPPn.
Seterusnya, program disusuli dengan majlis perhimpunan rasmi dengan ucapan aluan dari Puan Noor Arniza binti Kamarudin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPn dan ucapan Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn. Beliau menekankan kepentingan menjaga alam sekitar dan melakukan aktiviti fizikal serta kepentingan kerjasama antara kakitangan MPPn.
Dalam majlis yang sama, turut diperkenalkan kakitangan baharu MPPn seramai 17 orang. Turut hadir adalah Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn, barisan Ketua Jabatan dan Unit serta kakitangan MPPn.

