27 SEPTEMBER 2025 | SABTU
HARI CUCI MALAYSIA 2025 : WORLD CLEAN UP DAY 2025 PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Program Hari Cuci Malaysia 2025 : World Clean Up Day peringkat daerah Pontian telah diadakan di Tapak Pasar Lambak Lama, Pontian. Program ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dan perasmian di peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program Hari Cuci Malaysia 2025 peringkat daerah Pontian telah melibatkan agensi kerajaan iaitu sekolah, Kolej Komuniti Tanjung Piai, syarikat-syarikat swasta, SWCORP /SWM, wakil-wakil komuniti serta penduduk setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn dan diiringi oleh Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, Encik Wan Hardy bin Alias, Penolong Pengarah SWCORP Pontian, Encik Rahmat bin Mohtar, Pengurus Cawangan SWM Pontian, dan Puan Hajjah Faridah binti Abd Kadir, Ahli Majlis Zon Pontian B.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah turut serta dalam menjayakan Program Hari Cuci Malaysia 2025. Tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Majlis, MPPn yang telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kutipan Sampah Terberat.
Program pada hari ini merekodkan 300.60 kilogram sampah, 482.2 kilogram minyak masak terpakai, 362 kilogram barangan kitar semula dan 1,141 kilogram pakaian terpakai.
Terima kasih warga daerah Pontian atas sokongan ini! Jom Pontian Bersih dan Indah.

