21 SEPTEMBER 2025 | AHAD
INTERNATIONAL FISHING CHALLENGE 2025: PONTIAN SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA
Sekitar sorotan Program Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pontian melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPPn dengan kerjasama Tourism Johor yang telah diadakan di Pusat Perdagangan Pontian yang menawarkan hadiah wang tunai RM 50,000.00 sebagai hadiah utama. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian dan diiringi oleh Encik Mohd Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor dan Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn.
Turut hadir adalah, Ir. Sharudin bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Pontian, Tuan Haji Makhadzir bin A dan, Kadi Daerah Pontian, Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, wakil-wakil Ketua Jabatan Daerah Pontian serta barisan Ahli Majlis.
Pertandingan Memancing ini telah mendapat penyertaan seramai lebih kurang 1,500 pemancing dari seluruh Malaysia. Terima kasih atas penyertaan yang sangat menggalakkan dari peserta memancing.
TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang.

