16 APRIL 2026| KHAMIS
KEJOHANAN BADMINTON JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN TERTUTUP DAERAH PONTIAN TAHUN 2026
Sekitar pertandingan sukan badminton sempena Kejohanan Badminton Jabatan dan Agensi Kerajaan Tertutup Daerah Pontian Tahun 2026 yang telah dilangsungkan di DBC Arena Pontian
Pertandingan yang telah diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Pontian ini telah disertai oleh 5 agensi dan melibatkan penyertaan seramai 18 orang peserta. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:-
Perseorangan lelaki:
- Muhamad Yassin bin Daut (JBPM)
- Mohd Jainuri bin Tumpong (JBPM)
- Iskandar (JBPM)
Beregu Veteran Lelaki:
- Abd. Kadir bin Bachok/Sohaimai bin Jais (MPPn)
- Mohd Azni bin Mohamad Noor/Mohd Dahnial bin Yuhasri (PTD)
- Mohd Khamsul bin Sufian/Ismail bin Muslim (Pej. Daerah/SUKJ)
Beregu Campuran:
- Hishamuddin bin Kaab/Siti Nurfarhana binti Taslim (KPDN/Pej. Daerah)
- Mohd Nuzul Azmi bin Hassan/Nur Atika binti Bahri (MPPn)
- Mohd Norhelmi Khusaini bin Selamat/Masainiza (MPPn)
Tahniah dan syabas kepada para pemenang!

