11 Disember 2025 | Khamis | Holiday Villa Johor Bahru
Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Johor sempena Majlis Penganugerahan Inovasi Johor 2025.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan).
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dyno Tech yang mewakili Majlis Perbandaran Pontian.
Penghargaan ini merupakan pengiktirafan atas komitmen, kerjasama padu dan daya inovasi tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh ahli kumpulan, seterusnya mengharumkan nama MPPn di peringkat negeri.
Turut hadir adalah Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn serta ahli kumpulan Dyno Tech.
Tahniah sekali lagi dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memacu budaya inovasi dalam perkhidmatan awam.

