04 MAC 2025 | TAPAK BAZAR RAMADAN STADIUM MINI PONTIAN
OPERASI WALKABOUT DI BAZAR RAMADAN TAHUN 2025
Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menjalankan aktiviti promosi dari aspek keselamatan makanan dan tindakan pemeriksaan bagi memastikan peniaga makanan mematuhi keperluan perundangan yang telah ditetapkan di Tapak Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian.
Sepanjang program berlangsung, sedikit nasihat dan peringatan telah diberikan kepada peniaga-peniaga untuk mematuhi syarat lesen perniagaan di bazar Ramadan. Selain itu, edaran pamphlet, apron dan topi juga telah diberikan kepada peniaga-peniaga bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat.Operasi ini telah dijalankan dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Pontian.
Oleh itu, MPPn akan memastikan operasi ini akan dijalankan dari semasa ke semasa dan diharapkan agar peniaga-peniaga terus mematuhi syarat-syarat lesen dan memastikan keselamatan makanan adalah terjamin.
Turut hadir adalah Dr. Norli binti Rosli, Pegawai Kesihatan Daerah, Ketua-ketua Jabatan serta wakil ketua jabatan dalaman MPPn.

