16 FEBRUARI 2025 | AHAD
PONTIAN DI HATIKU ZON : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA BERSAMA KOMUNITI ZON PONTIAN I
Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian I: Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Komuniti Zon Pontian I telah diadakan di Dewan Terbuka Taman Nilam, Pontian dengan kerjasama KRT Taman Nilam/Nong Chik, Pontian.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pontian. Turut hadir sama Encik Musa bin Othman Pegawai Perpaduan Daerah Pontian dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pontian.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Md Israk bin Abdullah , Ketua Whip merangkap Ahli Majlis Zon Pontian I dan komuniti setempat dalam menjayakan program ini.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

