26 JULAI 2025 | SABTU
Kakitangan Syarikat 7 Eleven telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Pontian dalam melaksanakan aktiviti plogging di Persisiran Pantai Taman Rekreasi Rambah. Program ini adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporat oleh Syarikat 7 Eleven dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Program plogging ini telah dapat nengumpulkan sampah sebanyak 191 kilogram. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Syarikat 7 Eleven. Anda semua memang.
Kepada pengunjung Taman Rekreasi Rambah, diharapkan agar anda semua menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah ke merata tempat.

