25 APRIL 2025 | JUMAAT
PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON PONTIAN B: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI ZON PONTIAN B TAHUN 2025
Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian B : Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Zon Pontian B Tahun 2025 telah diadakan di Shell A Lot Premium Outlet, Lorong Bahagia,Pontian.
Program ini adalah anjuran bersama Ahli Majlis Zon Pontian B bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Pontian B. Program ini menjadi simbol kerjasama dan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang dihadiri oleh warga Pontian berbilang kaum khususnya penduduk dalam Zon Pontian B.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Ybhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian berserta isteri.
Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Faridah binti A. Kadir, Ahli Majlis Zon Pontian B dan komuniti setempat dalam menjayakan program ini.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

