15 FEBRUARI 2025 | SABTU
Program Pontian Dihatiku : Kembali Kacak dan Menawan 2.0 Tahun 2025
Program Pontian Dihatiku : Kembali Kacak dan Menawan 2.0 telah diadakan di Dewan Serbaguna Permas, Pontian. Program ini adalah inisiatif daripada Ketua Whip Majlis Perbandaran Pontian, Tuan Haji Md Israk bin Abdullah dengan kerjasama daripada Yayasan Perbandaran Pontian, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dan Dewani Enterprise.
Program ini menghimpunkan lebih kurang 25 orang "barber" dan salon yang majoritinya adalah terdiri daripada "barber" dan salon di daerah Pontian. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar sekolah dari golongan B40 telah dipilih melalui Pejabat Pendidikan Daerah Pontian bagi khidmat gunting rambut secara percuma.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian. Turut hadir Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, Tuan Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Encik Aizam bin Abdul Hamid, Pengurus Yayasan Perbandaran Pontian, Puan Fadzwani Norashikin dari Dewani Enterprise dan Puan Noor Arniza binti Kamarudin, Pegawai Tadbir di Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPn.
Diharapkan program ini dapat mencapai matlamat untuk menyemarakkan semangat anak-anak untuk kembali ke sekolah di samping dapat membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa sebelum sesi persekolahan 2025 bermula. Dalam masa yang sama, program sebegini turut memberi peluang dan latihan kepada usahawan salon dan gunting rambut untuk mempromosikan perniagaan masing-masing kepada masyarakat setempat.

