10 MAC 2025 | ISNIN
SESI TAKLIMAT BERKAITAN APLIKASI SMART PARKING PARKMAX@JOHOR DI MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Pada 10 Mac 2025 (Isnin) telah berlangsung sesi taklimat berkaitan Aplikasi Smart Parking Parkmax@Johor kepada Pembantu Penguat Kuasa KP1(Tempat Letak Kereta) di Dewan Persidangan Aras 3, Majlis Perbandaran Pontian.
Sesi taklimat ini dijalankan adalah sebagai persediaan awal MPPn ke arah pendigitalan bayaran parkir di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pontian yang akan menjadikan MPPn sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang ke-6, melaksanakan sistem bayaran parking melalui aplikasi. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Afizah binti M. Yusuf, Penolong Pengurus It, Southmax Sdn. Bhd.
Inisiatif ini adalah merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh MPPn bagi merealisasikan Pontian sebagai sebuah bandar pintar menjelang tahun 2035.

