21 OGOS 2025 | KHAMIS
SESI TOWNHALL PELEBARAN DAN PELUASAN KAWASAN BERCUKAI MPPn FASA II ( PEKAN PARIT BETAK)
Majlis Perbandaran Pontian telah mengadakan Program Town Hall Taklimat Peluasan Kawasan Bercukai, Majlis Perbandaran Pontian bagi kawasan Pekan Parit Betak pada 21 Ogos 2025.
Townhall ini bertujuan memberi taklimat, penerangan dan sesi soal jawab berkaitan peluasan kawasan bercukai MPPn kepada penduduk dan pemilik harta di kawasan yang terlibat. Penerangan berkaitan perkhidmatan oleh MPPn telah diberikan oleh Jabatan Jabatan - jabatan terlibat dari MPPn, dan pihak SWCorp.
Program Town Hall Peluasan Kawasan Bercukai, Majlis Perbandaran Pontian Fasa II bagi kawasan Pekan Parit Betak telah dirasmikan oleh Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn. Turut hadir Ahli-ahli Majlis, wakil Ketua-ketua Jabatan Daerah, serta Ketua - ketua Jabatan MPPn.

