31 JANUARI 2025 | JUMAAT
TERIMA KASIH TUAN YDP,
MAJLIS LAMBAIAN TERAKHIR, JASAMU DIKENANG
Pada hari ini telah diadakan majlis “clock out” bagi meraikan hari terakhir perkhidmatan Tuan Haji Ab Razak bin Khalid sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian. Beliau akan berpindah jabatan baharu bermula 3 Februari 2025 setelah berkhidmat di Majlis Perbandaran Pontian selama lebih kurang 1 tahun 1 bulan 2 hari bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2025.
Pihak pengurusan tertinggi, Ahli-ahli Majlis MPPn dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Pontian mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ab Razak bin Khalid atas sumbangan, jasa, komitmen bakti dan kasih sayang beliau sepanjang berkhidmat di Majlis Perbandaran Pontian.
Ucapan tahniah diucapkan, dan kami, keluarga MPPn mendoakan agar beliau akan terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan kecemerlangan di tempat baharu nanti. Selamat Maju Jaya, Tuan. Terima kasih.
Tuan selalu di hati kami. Jangan lupakan kami di Pontian.

