MENU

Soal Jawab Perniagaan

SOALAN -  SOALAN LAZIM MENGENAI PERNIAGAAN
 
1)  Berapa lamakah tempoh sah lesen perniagaan?
 
- tempoh sah lesen perniagaan adalah selama setahun. setiap lesen akan berakhir pada 31 disember pada setiap tahun. oleh yang demikian, jika anda mendaftar pada pertengah tahun seperti contoh pada bulan mei, lesen anda akan tetap luput pada 31 disember dan dikira sebagai setahun.
 
2)  Berapakah kadar harga pembaharuan lesen perniagaan setahun?
 
- setiap lesen perniagaan mempunyai kadar harga yang berbeza mengikut jenis perniaagaan. sila rujuk pihak kami untuk maklumat terperinci
 
3)  Saya ingin memasang 10 bunting dikaki jalan untuk mempromosi perniagaan , adakah kesemua banting tersebut perlu dilesenkan setiap satu atau cukup untuk satu bunting sahaja?
 
- setiap bunting/banner/poster dan apa jua iklan perlu dilesenkan satu persatu mengikut bilangan yang hendak di keluarkan. cas setiap satu iklan tertakluk pada saiz. 
 
4)  Pada hujung tahun ini, perniagaan saya ingin mengadakan  promosi jualan dengan membuka bangsal dihadapan kedai. apakah proses yang saya perlukan
 
- Setiap bangsal/kanopi  perniagaan yang bukan dalam bangunan perniagaan, perlulah dipermitkan terlebih. cas bayaran untuk permit tersebut adalah sebanyak rm320 setahun tanpa mengira keluasan bangsal/kanopi. Namun begitu, anda perlulah mendapatkan kelulusan parking (jika ditempat parking) dari pihak yang berkenaan serta kelulusan kanopi atau bangsal sementara/sewaan untuk mendapatkan permit. 
 
5) Adakah logo halal perlu ada di setiap kedai makan melayu (islam) untuk mendapatkan lesen perniagaan?
 
- Perletakan logo halal untuk kedai melayu (islam) adalah bukan syarat untuk mendapatkan lesen perniagaan. Ia tertakluk kepada peniaga itu sendiri sama ada ingin meletakkan logo tersebut atau tidak. walaubagaimana pon, jika peniaga ingin meletakkan logo tersebut, mereka perlulah mendapatkan kelulusan dari pejabat agama islam untuk terlebih dahulu. Peniaga yang meletakkan logo halal tanpa kelulusan dan pemeriksaan dari  pejabat agama islam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
 
6)  Saya merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan di premis bahagian bawah , premis dua tingkat . saya bercadang untuk menjadikan bahagian atas juga sebagai kedai. adakah saya perlu mendapatkan lesen lain untuk perniagaan yang sama?
 
- Perlu lesen yang berlainan untuk setiap satu bahagian. Untuk menjalankan perniagaan di bahagian atas bangunan, beberapa perkara perlu diambil kira. Pemeriksaan daripada pihak bomba diperlukan untuk memastikan premis bahagian atas tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kukuh. seperti contoh, ada nya tangga kecem